Cara Untuk Melindungi foto Atau Video Peribadi Daripada Dicuri Lihat

Agak menjengkelkan sekiranya ada diantara rakan-rakan kita yang suka mencuri lihat gambar-gambar peribadi yang ada dalam peranti pintar Android.

Mesti pernah terjadi situasi dimana anda ingin menunjukkan gambar atau video yang ada dalam peranti kepada rakan, namun tidak semuanya sesuai untuk di kongsikan kerana ada sebahagian daripada gambar tersebut yang bersifat agak "peribadi".

Jangan risau, berikut kami kongsikan satu aplikasi yang mampu menghapuskan kerisauan anda tersebut. Apliaksi yang dimaksudkan ialah Secure Photo Viewver yang anda bolehd apatkan daripada Playstore.



Setelah siap pasang, masuk ke bahagian Galeri foto pada peranti anda dan pilih beberapa gambar dan video yang ingin di tunjukkan kepada rakan, seterusnya pilih menu send atau Share bergantung kepada jenis peranti.

Langkah seterusnya cari aplikasi yang siap dipasang tadi.



Apabila muncul paparan berikut, tekan butang "Lock" pada peranti anda. Selesai



maka gambar yang akan dapat dilihat oleh rakan anda hanya gambar yang dipilih sahaja sekiranya ingin memasuki galeri penuh peranti, ianya perlu di "Unlock" terlebih dahulu.



Demikian selamatlah segala gambar atau video "rahsia" yang tersimpan dalam peranti tersebut. Itu sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini. Semoga bermanfaat.