Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple one

Cara Untuk Melanggan Perkhidmatan Apple One

Diterbitkan Oktober 31, 2020 · Dikemas kini Oktober 31, 2020 oleh Amalina Athman

Apple kini secara rasmi mula menawarkan himpunan perkhidmatan Apple One kepada pengguna.

Apple One merupakan langganan semua-dalam-satu yang menghimpunkan empat perkhidmatan Apple termasuk Apple Music, Apple TV+, Apple Arcade dan iCloud.

Apple turut menawarkan tempoh percubaan selama sebulan bagi mana-mana perkhidmatan yang belum pernah dilanggan. Setelah itu, pelan tersebut akan diperbaharui secara automatik mengikut pelan langganan. Anda juga boleh membatalkan pelan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang komitmen

Bagi anda yang ingin mencuba langganan Apple One, di bawah ini kami sediakan beberapa langkah untuk melanggan.

Bagaimana untuk melanggan Apple One?

Pergi ke bahagian “Settings” di iPhone dan tap pada nama anda di bahagian paling atas.

cara langgan Apple One

Kemudian, tekan pada “Subscriptions” dan anda mungkin perlu menunggu beberapa saat sebelum Apple One dipaparkan sebagai pilihan. Tekan pada “Try it Now”.

apple one_2
apple one_3

Ia akan memaparkan dua pelan iaitu pelan Individual (RM19.90/sebulan) dan Family (RM33.90/sebulan). Pilih pelan yang dikehendaki. Tekan pada “Start Free Trial”. Sahkan langganan tersebut dan selesai.

cara langgan Apple One

Anda akan menerima perkhidmatan Apple Music, Apple TV, Apple Arcade serta 50GB storan iCloud melalui langganan pelan Individual.

cara langgan Apple One

Bagi pelan Family, perkhidmatan yang sama akan diterima, namun dengan penambahan storan iCloud sebanyak 200GB. Pelan Family turut menawarkan perkongsian sehingga 5 orang.

Untuk maklumat lanjut mengenai Apple One, layari pautan ini.

Selamat mencuba.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY