Cara Untuk Maksimumkan Prestasi iPhone Lama

Kepada anda yang sudah menggunakan peranti iPhone dalam satu jangka masa yang lama iaitu melebihi 3 - 4 tahun, Kebiasaannya tahap prestasi peranti tersebut akan menurun oleh kerana hayat bateri yang sudah berkurangan.

Apabila hayat bateri sudah berkurangan dengan agak ketara, maka prestasi peranti akan turut dikurangkan bertujuan untuk memanjangkan hayat bateri bagi mengelakkan berlakunya masalah peranti terpadam dengan tiba - tiba. Kepada anda yang inginkan prestasi maksimum untuk peranti Iphone yang sudah berusia, boleh sahaja matikan fungsi tersebut.

Caraya sangat mudah, ikuti sahaja langkah berikut. Untuk makluman anda, hanya peranti dengan iOS 11.3 keatas sahaja yang ada fungsi ini.

Masuk ke menu Setting > Battery >Battery Health Beta

Sekiranya bateri peranti anda berada pada tahap yang memuaskan maka akan muncul paparan berikut



 

Manakala bagi prestasi yang sudah di hadakan akibat daripda hayat bateri yang sudah uzur, maka akan muncul paparan berikut. apa yang perlu anda lakukan ialah dengan memilih menu "Disable"



 

Selesai, maka prestasi peranti anda akan dikembalikan ketahap maksimum. namun akan ada masej daripada pihak Apple mencadangkan agar anda menukar bateri yang baru di premis Apple yang diiktiraf.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semiga bermanfaat.

Berkaitan