Cara Untuk Mainkan Video Youtube Pada "Background" Peranti Pintar

Sejak kebelakangan ini tanpa kita sedari, Youtube telah beransur-ansur menggantikan televisyen.

Memang seronok menonton video klip yang ada pada Youtube, namun malangnya apabila anda ingin melakukan tugasan lain pada peranti pintar, video tersebut akan berhenti diputarkan.

Berikut kami kongsikan cara untuk menonton video ataupun lagu pada Youtube sambil melakukan "Multi tasking" pada Peranti pintar. Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah-langkah berikut.

1. Buka website YouTube pada browser Chrome ataupun Mozilla, kemudian buka  video yang ingin anda mainkan.



2. Buka menu tab di sebelah kanan atas dan pilih Request desktop site.



3. Kemudian keluar dari brower Chrome ataupun Mozilla lalu lihat pada menu notifikasi. Disitu anda akan menemukan pilihan pause atau Play video YouTube.



4. Anda akan dapati video akan otomatik terhenti. Jangan risau, anda hanya perlu tekan tombol play kembali pada menu notifikasi untuk memainkannya kembali.



5. Video tersebut akan terus dimainkan walaupun ketika itu anda sedang membalas mesej Whatsapp.

Sekiranya berlaku situasi dimana peranti anda terus dibawa ke aplikasi Youtube ketika anda cuba mengakses ke laman sesawang, boleh sahaja mengubahnya pada Settings > Applications > Default applications > Default app selection > lalu pilih Ask before.

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat,