Cara Untuk Kongsikan Fail Power Point Dengan Mudah

Kepada anda yang ingin menyimpan dan berkongsi fail persembahan power point, andalah lebih mudah dan pantas sekiranya melakukannya diantas talian.

Seiring dengan kemudahan teknologi internet dan teknologi digital, penggunaan Thumbdrive adalah tidak lagi diperlukan untuk perkongsian fail yang bersaiz kecil dan sederhana sepeti ini.

Berikut kami kongsikan caranya.

Buka fail persembahan power point yang ingin dikongsikan, kemudian klik ada tombol Share seperti berikut.



Pada paparan berikut, pilih sama ada untuk menukarkan fail tersebut kepada PDF ataupun kekal sebagai fail Power point. Kemudian klik pada pilihan akaun OneDerive



Sekiranya anda belum namakan fail tersebut, bolehlah berbuat demikian terlebih dahulu.



Seterusnya klik pada Get a sharing link



Pilih sama ada anda inginkan fail tersebut diedit ataupun hanya untuk paparan sahaja.



Pautan khusus akan tersebina, klik pada tombol copy untuk menyalin pautan tersebut, selesai.



Sekarang anda boleh berkonsgi fail tersebut dimana - mana medium yang anda inginkan seperti Facebook, WhatsApp dan sebagainya. mudah bukan ?

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan