Cara Untuk Kesan Malware Menggunakan Pelayar Chrome

Asalamualaikum dan salam sejahtera, Tips kali ini kami kongsikan salah satu fungsi yang sangat berguna terdapat pada pelayar Google Chrome. Tahukah anda bahawa Chrome telah tersedia dengan satu fungsi khas untuk mengesan "Malware" yang terdapat dalam PC anda?

Anda tidak perlu melakukan sebarang muat turun atau pemasangan aplikasi tambahan. Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah - langkah berikut.

Pertama sekali klik pada ikon 3 titik di bahagian atas sebelah kanan pelayar dan pilih menu Setting



 

Seterusnya klik pada menu Advanced



 

Kemudian skroll kebawah dan pilih menu Clean Up Computer



 

Klik pada menu Find



 

Sedikit masa akan diambil untuk proses pengesanan.



 

Sekiranya terdapat sebarang malware ianya akan dipaparkan dibahagian berikut dan anda akan diberi pilihan untuk menghapuskannya.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermnafaat.

Berkaitan