Cara Untuk Keluarkan Wang Pelaburan ASNB Secara Dalam Talian

Amanah Saham Nasional Berhad hari ini mengumumkan bahawa wang pelaburan ASNB boleh dikeluarkan secara dalam talian bermula hari ini.

Memahami keadaan pelabur sekarang yang mungkin memerlukan sumber kewangan, ASNB menyediakan perkhidmatan pengeluaran online itu melalui portal dan aplikasi myASNB.

Jumlah pengeluaran yang dibenarkan adalah dari RM100 sehingga maksimum RM500 sebulan. Difahamkan juga, pengeluaran boleh dibuat untuk mana-mana unit amanah ASNB kecuali ASN Equity 5 dan ASN Sara 2.

Bagi anda yang mahu membuat pengeluaran wang pelaburan ASNB secara online ini, boleh ikuti langkah dibawah.

Langkah Pertama: Daftar


Terlebih dahulu, pastikan anda berdaftar sebagai pengguna myASNB untuk menggunakan kemudahan ini. Untuk mendaftar klik pautan ini www.myasnb.com.my.



 

Langkah Kedua: Bahagian Portfolio


Kemudian, klik bahagian Portfolio. Seterusnya Transaksi pada unit amanah yang dikendaki dan pilih Jualan Balik.



 

Langkah Ketiga: Semak Maklumat Bank


Setelah memastikan maklumat bank anda betul, klik Seterusnya.



 

Langkah Keempat: Baca Pengisytiharan


Baca, kemudiannya tandakan di kotak pengisytiharan dan klik Seterusnya.


Langkah Kelima: Masukkan Amaun


Masukkan amaun, tandakan kotak pengisytiharan dan klik Seterusnya.


Langkah Keenam: Semak Semula Butiran Bank


Semak semula butiran bank yang telah dimasukkan dan klik Seterusnya.


Langkah Ketujuh: Permintaan TAC


Akhir sekali, klik Permintaan TAC, isikan nombor TAC dari peranti pintar anda. Kemudiannya klik Seterusnya.



Jika transaksi berjaya, pihak ASNB akan mengeluarkan resit secara atas talian yang memaparkan maklumat penting dan rujukan mengenai wang pelaburan tersebut.



Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi ASNB.

Sumber: ASNB

Berkaitan