Cara Untuk Kekalkan "Laptop" Berfungsi Setelah Layar Ditutup

Sekiranya anda sering melakukan aktiviti pemasangan aplikasi atupun muat turun fail yang memakan masa yang lama menggunakan Laptop, tahukah anda bahawa aktiviti tersebut boleh dilakukan dengan keadaan layar peranti dilipat ataupun ditutup ?

Berikut kami kongsikan cara untuk mengekalkan operasi komputer riba walaupun setelah layar dilipat.

Pertama sekali masuk ke menu Power Option



Kemudian pilih menu bateri



klik pada menu “Choose what closing the lid does”  



Seterusnya pilih “When I close the lid,” tetapkan sebagai “Do Nothing.”  



Dan akhir sekali klik pada tombol save changes selesai.



Apapun sebagai langkah berjaga - jaga pastikan anda shutdown peranti tersebut sekiranya ingin menyimpan didalam beg dan sebagainya untuk mengelakkan ianya daripada terjadi Overheating.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan