Cara Untuk Kekalkan Kualiti Gambar dan Video Yang Dimuat Naik Ke Facebook

Tidak kira peranti anda mempunyai kamera yang berkualiti atau tidak, apabila memuat naik gambar dan video daripadanya ke Facebook, seringkali kualitinya akan menjadi lebih rendah. Jadi hari ini kami akan menunjukkan cara untuk menghentikan perkara ini dan membenarkan anda untuk memuat naik imej dan video berkualiti tinggi di Facebook.

Bagi peranti iOS, ikuti langkah-langkah ini.

1.Buka aplikasi Facebook pada peranti anda, dan tekan pada ikon Pilihan (Option), dan pilih Tetapan (Setting)

2.Pilih Tetapan Akaun (Account Setting) dan pilih pada Gambar dan Video (Videos and Photos)

3. Tetapkan supaya Muat Naik HD (Upload HD) digunapakai pada Tetatan Video dan Tetapan Gambar. Selesai

Kredit : How-to-Geek

Manakala bagi peranti Android pula, langkah yang perlu anda ikut adalah seperti di bawah :

1. Buka aplikasi Facebook pada peranti anda dan tekan pada ikon Pilihan(Option)

2. Di bawah Privasi & Tetapan (Settings & Privacy), pilih Tetapan Aplikasi (App Settings)

 

3.Tetapkan supaya Muat Naik HD (Upload HD) digunapakai pada Tetatan Video dan Tetapan Gambar. Selesai

Kini, Facebook tidak akan lagi menurunkan kualiti gambar dan video yang anda muat naik daripada peranti telefon pintar anda. Selamat mencuba !

Sumber

Amir Zakwan

Amir Zakwan

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408