Cara untuk Kalibrasi Layar Peranti Android Yang Bermasalah

Bagi peranti Android yang mengalami masalah layar sentuh yang selalu mengalami masalah tidak selaras ataupun kurang sesitiviti, berikut kami kongsikan salah satu alternatif yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah tersebut.

Pertama sekali pasang aplikasi Touchscreen calibration yang tersedia pada Playstore.

Seterusnya buka aplikasi tersebut maka akan muncul paparan berikut. Tap pada tombol calibrate.



Dengan itu akan muncul beberapa arahan yang memerlukan anda lakukan seperti "double tap" , "slide" dan lain - lain. Pastikan anda mengikuti kesemua arahan yang diberikan.



Setelah proses kalibrasi selesai, maka akan muncul paparan notifikasi berikut. Tekan sahaja pada tombol OK.



Selesai, akhir sekali restart peranti anda. Sekiranya berjaya maka layar anda yang bermasalah akan kembali pulih.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan