Cara Untuk Jadikan Peranti Pintar Sebagai "Speaker" PC

Sebagai langkah alternatif untuk PC yang yang rosak atau tiada pembesar suara, berikut kami kongsikan cara untuk menjadikan peranti pintar Android sebagai sebuah pembesar suara bagi PC ataupun komputer riba.

Caranya sangat mudah, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan memuat turun aplikasi Sound Wire pada Pc dan peranti Android anda terlebih dahulu, boleh sahaja gunakan pautan dibawah.

Android

PC windows

Setelah siap dipasang, buka aplikasi tersebut pada PC dan salin IP Address yang dipaparkan.



 

Seterusnya buka aplikasi Sound Wire pada peranti Android anda dan masukkan IP Address yang anda salin sebentar tadi. Apapun, yang paling mustahak ialah pastikan kedua - dua peranti tersebut telah disambungkan kepada talian WiFi yang sama.



 

Anda akan dapati status DIsconnected pada aplikasi Sound Wire akan bertukar kepada Connected. Selesai, sekarang peranti Android anda sudah berfungsi sebagai sebuah pembesar suara.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan