Cara Untuk Jadikan Komputer Anda Sebagai WiFi Hotspot

Anda mungkin pernah berhadapan dengan situasi tidak mempunyai sambungan WiFi untuk digunakan pada telefon pintar mahupun peranti lain. Contohnya dikawasan pejabat yang hanya tersedia dengan sambungan ethernet atau lain-lain keadaan yang memerlukan komputer sebagai Hotspot.

Cara mudah untuk mengatasinya adalah dengan cara untuk menjadikan komputer itu sebagai hotspot dan seterusnya menyambungkannya kepada peranti-peranti anda. Berikut adalah cara untuk mengaktifkan ciri hotspot pada komputer Windows anda.

Windows 10

  • Pergi ke Setting > Network & Internet > Mobile Hotspot.

  • Pilih sambungan yang hendak dikongsikan ethernet/WiFi  Share my Internet connection from

  • Pilih Wi-Fi bagi pilihan Share my Internet connection over




  • Klik butang Edit untuk cipta nama rangkaian dan kata laluan rangkaian yang hendak dikongsikan itu.




  • Seterusnya aktifkan butang Mobile Hotspot yang berada diatas.


Terdapat juga kaedah menggunakan perisian pihak ketiga seperti Connectify yang boleh digunapakai pada Windows 10 dan versi terdahulu seperti 7 dan 8.1.

MacOS

Bagi pemilik komputer Mac pula, MacOS turut menyediakan tetapan perkongsian sambungan ini secara terbina. Anda cuma perlu pergi ke System Preferences > Sharing dan klik pada Internet Sharing pada senarai pilihan.

Kapsyen: System Preferences > Sharing


 

Kapsyen: Pilih Internet Sharing, dari mana sambungan yang mahu dikongsikan dan protokol untuk dikongsikan.


Anda boleh kongsikan sambungan dari Ethernet, WiFi, Bluetooth, Thunderbolt atau FireWire kepada peranti lain menggunakan protokol sama diatas.

Berkaitan