Cara Untuk Hapuskan "Sisa" Fail Kemaskini WIndows 10

Kemaskini windows 10 kebiasaannya memakan ruang simpanan yang besar, sehinggakan ada yang mencecah sehingga 10GB. Kepada anda yang mempunyai PC dengan storan yang kecil, perkara ini akan menjadi suatu bebanan peranti.



Berikut kami kongsikan cara untuk memadam sisa fail yang terbaki daripada kemaskini windows.

Dengan kemaskini terbaru windows, PC anda akan dihadirkan dengan fitur terbaru untuk memudahkan proses memadam fail, bagi memadamkan fail sisa tersebut masuk ke menu Settings > System > Storage > Configure Storage Sense or Run It Now.



 

Skrol kebawah dan tandakan menu Delete previous versions of Windows, kemudian klik pada tombol clean now, selesai.



Manakala menu berikut pula berfungsi untuk memadam sepenuhnya fail yang telah dipindahkan ke Recycle bin



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan