Cara Menggunakan Telefon Pintar Sebagai Tetikus

Anda mungkin pernah berhadapan dalam situasi dimana laser pointer menjadi keperluan bagi memudahkan pembentangan projek akhir. Atau mungkin dalam keadaan kecemasan, papan kekunci pula tidak berfungsi?

Perkara ini mungkin boleh diselesaikan dengan menjadikan telefon pintar sebagai tetikus. Bagaimana caranya? Di bawah ini kami sediakan alternatif untuk menggunakan telefon pintar bagi menggantikan tetikus, touch pad atau papan kekunci fizikal.

Cara menjadikan telefon berfungsi sebagai tetikus




Muat turun dan pasang aplikasi Remote Mouse pada iPhone, iPad, atau Android.



Sebelum memulakannya, anda juga perlu muat turun dan memasang Remote Mouse pada komputer Mac, Mac (DMG), Windows atau Linux yang ingin disambungkan bersama telefon pintar tersebut.



Pastikan sambungan internet pada telefon pintar dan komputer menggunakan Wi-Fi atau hotspot yang sama.



Setelah itu, anda boleh menggunakan telefon pintar untuk mengawal navigasi komputer. Selain tetikus, Remote Mouse juga boleh digunakan sebagai papan kekunci serta touch pad.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Berkaitan