Cara Untuk Guna Fungsi "Split Screen" Pada Android

Mungkin ramai yang masih belum tahu akan kewujudan fungsi ini pada peranti Android versi 7.0 dan keatas.

Yang mana ianya dapat menjadikan layar peranti anda akan dipecahkan kepada dua bahagian, ini sangat sesuai untuk anda melakukan "multi tasking" pada peranti. Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah - langkah berikut.

Pertama sekali klik tekan tombol petak disebelah tombol "home" peranti. Tombol ini biasa kita guna untuk lihat aplikasi - aplikasi yang sedang berjalan pada masa yang sama di Android.

 



 

Anda akan dapati banyak aplikasi yang telah digunakan akan tersusun pada layar peranti. Untuk menjadikan layar terpisah, tekan mana - mana aplikasi yang muncul tersebut seketika dan tariknya keatas layar, maka ianya akan terus kekal pada bahagian atas tanpa menjejaskan penggunaan lain peranti.

 



 

Maka dengan itu anda bolehlah menonton Youtube sambil membalas mesej pada Whastapp, sangat menarik bukan? Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan