Cara Untuk Gandakan Kelajuan Internet Dengan kaedah "bypass" Proxy



Internet boleh dikatakan menjadi satu keperluan asas kepada kita semua pada hari ini, hampir kesemua peringkat umur akan mengakses internet sama ada untuk menjalankan tugas rasmi, mencari maklumat dan juga untuk berhibur. Aktiviti melayari internet boleh dilakukan dengan pelbagai cara, antaranya ialah melaui pembekal telco, "wifi hotspot" dan ada juga yang menggunakan khidmat kafe siber.

Kepada anda yang selalu menggunakan perkhidmatan kafe siber, Admin pasti anda sudah terbiasa dengan masalah kelajuan internet yang sangat perlahan. Hal ini terjadi kerana kelajuannya sudah di hadkan oleh "server" dengan menggunakan proxy agar kelajuan internet tidak disalahgunakan oleh pengguna mereka.

Terdapat satu cara yang anda boleh gunakan sekiranya ingin membebaskan akses internet daripada dikawal oleh "server proxy" ini. Caranya sangat mudah, anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah

Langkah 1

Pastikan anda telah memasang PC tersebut dengan "browser" Mozilla Firefox versi terkini terlebih dahulu, kemudian pasang "extension" proxy-switcher pada "browser" Firefox anda. Dibawah ada disediakan "link" untuk muat turun proxy-switcher.


Proxy Switcher


Langkah 2

Apabila semua sudah siap di pasang, masuk ke "browser" Firefox dan masukkan kod "about:config" pada ruangan alamat. Kemudian ikut langkah seperti dalam gambar.



Langkah 3

Setelah selesai, maka paparan berikut akan muncul



Cari empat "string" berikut dan ubah "value" nya

  • network.http.pipelining >>> True

  • network.http.pipelining.maxrequest64 >>> True

  • network.http.proxy.pipelining >>> True

  • network.proxy.share.proxy.setting >>> False


Langkah 4

Setelah semuanya selesai, klik kanan pada tetikus, pilih menu New > Integer. masukkan string yang berikut,  "nglayout.initialpaint.delay" dan pada ruangan "value"  isikan "0"





Langkah 5

Yang terakhir sekali perlu anda lakukan, klik pada ikon monitor pada sebalah atas kanan "browser" kemudian pilih "automatic" .



Selesai, dengan ini anda sudah ada akses khusus yang tidak terikat lagi dengan kawalan "server" kafe siber dan secara tidak langsung kelajuan untuk anda melayari internet akan meningkat, selamat mencuba.