Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Untuk Gandakan Kelajuan Internet Dengan kaedah “bypass” Proxy

Cara Untuk Gandakan Kelajuan Internet Dengan kaedah “bypass” Proxy

Diterbitkan Julai 19, 2017 · Dikemas kini Julai 19, 2017 oleh Tips Gajet

Cara Untuk Gandakan Kelajuan Internet Dengan kaedah “bypass” Proxy

Internet boleh dikatakan menjadi satu keperluan asas kepada kita semua pada hari ini, hampir kesemua peringkat umur akan mengakses internet sama ada untuk menjalankan tugas rasmi, mencari maklumat dan juga untuk berhibur. Aktiviti melayari internet boleh dilakukan dengan pelbagai cara, antaranya ialah melaui pembekal telco, “wifi hotspot” dan ada juga yang menggunakan khidmat kafe siber.

Kepada anda yang selalu menggunakan perkhidmatan kafe siber, Admin pasti anda sudah terbiasa dengan masalah kelajuan internet yang sangat perlahan. Hal ini terjadi kerana kelajuannya sudah di hadkan oleh “server” dengan menggunakan proxy agar kelajuan internet tidak disalahgunakan oleh pengguna mereka.

Terdapat satu cara yang anda boleh gunakan sekiranya ingin membebaskan akses internet daripada dikawal oleh “server proxy” ini. Caranya sangat mudah, anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah

Langkah 1

Pastikan anda telah memasang PC tersebut dengan “browser” Mozilla Firefox versi terkini terlebih dahulu, kemudian pasang “extension” proxy-switcher pada “browser” Firefox anda. Dibawah ada disediakan “link” untuk muat turun proxy-switcher.

Cara Untuk Gandakan Kelajuan Internet Dengan kaedah “bypass” Proxy

Proxy Switcher

Langkah 2

Apabila semua sudah siap di pasang, masuk ke “browser” Firefox dan masukkan kod “about:config” pada ruangan alamat. Kemudian ikut langkah seperti dalam gambar.

Cara Untuk Gandakan Kelajuan Internet Dengan kaedah “bypass” Proxy

Langkah 3

Setelah selesai, maka paparan berikut akan muncul

Cara Untuk Gandakan Kelajuan Internet Dengan kaedah “bypass” Proxy

Cari empat “string” berikut dan ubah “value” nya

  • network.http.pipelining >>> True
  • network.http.pipelining.maxrequest64 >>> True
  • network.http.proxy.pipelining >>> True
  • network.proxy.share.proxy.setting >>> False

Langkah 4

Setelah semuanya selesai, klik kanan pada tetikus, pilih menu New > Integer. masukkan string yang berikut,  “nglayout.initialpaint.delay” dan pada ruangan “value”  isikan “0”

Cara Untuk Gandakan Kelajuan Internet Dengan kaedah “bypass” Proxy

Cara Untuk Gandakan Kelajuan Internet Dengan kaedah “bypass” Proxy

Langkah 5

Yang terakhir sekali perlu anda lakukan, klik pada ikon monitor pada sebalah atas kanan “browser” kemudian pilih “automatic” .

Cara Untuk Gandakan Kelajuan Internet Dengan kaedah “bypass” Proxy

Selesai, dengan ini anda sudah ada akses khusus yang tidak terikat lagi dengan kawalan “server” kafe siber dan secara tidak langsung kelajuan untuk anda melayari internet akan meningkat, selamat mencuba.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Pelajar IPT Tebus Google AI Plus Secara Percuma
  • Malaysia Cadang Garis Panduan Baharu Untuk Pempengaruh Dan Jenama
  • Siri OPPO Find X10 Dengan Kamera 200MP Hasselblad Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM4,999
  • MCMC Ingatkan Platform Penstriman Agar Hormati Sensitiviti Tempatan
  • Penjawat Awam Berdepan Tindakan Disiplin Jika Langgar Arahan Guna Waze - KP MKN
  • Hanya Segelintir Pekerja Micron Taiwan Hari Ini Lancar Mogok Tuntut Bonus 83 Bulan Gaji
  • Apa Itu PHP Dan Siapa Yang Temui Kecacatannya Sehingga Hampir Semua Laman Web Di Seluruh Dunia Terpaksa Ditutup
  • Dua Pepijat Kritikal PHP2Shell Boleh Dieksploitasi - NACSA Gesa Organisasi Kemas Kini Segera
©2026 WISER.MY
Loading Comments...