Cara Untuk "download" Video Daripada Facebook menggunakan iPhone

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Untuk peranti Android sememangnya tiada masalah untuk anda memuat turun video daripada Facebook. Namun situasinya agak berbeza kepada pengguna iPhone, ini kerana tahap keselamatanya yang tinggi.

Berikut kami kongsikan salah satu kaedah yang boleh digunakan oleh pengguna iPhone untuk memuat turun sebarang Video pada Aplikasi Facebook. Ikuti sahaja langkah - langkah berikut.

Pertama sekali pasang aplikasi MyMedia daripada Appstore terlebih dahulu



 

Seterusnya pilih mana - mana video yang anda berkenan pada Aplikasi Facebook dan buat salinan pautannya terlebih dahulu dengan menu "copy Link"



 

Kemudian buka aplikasi MyMedia, klik pada Tab Browser dan tampalkan pautan tersebut pada ruangan URL



 

Setelah terbuka paparan video tadi



 

Klik dan tahan pada paparan video tersebut sehingga keluar paparan untuk muat turun seperti berikut, pilih menu Download File.



 

Seterusnya namakan fail tersebut dan ianya akan terus dimuat turun.



 

Anda boleh lihat video yang sudah siap di muat turun tersebut pada Tab Media



 

Selesai, itulah sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan