Cara Untuk "Clone" kan Peranti Android

Kepada anda yang memiliki peranti lebih daripada satu, berikut kami kongsikan cara untuk menyalin semua data dalam peranti Android yang lama terus ke peranti yang baru.

Pertama sekali pasti kedua - dua peranti tersebut telah di pasang dengan aplikasi CLONEit daripada ApkPure.com

Aktifkan fungsi Unknown sources dan Auto Install pada ruangan settingĀ 



 

Kemudian buka aplikasi di kedua - dua peranti tersebut. Peranti yang bertindak sebagai penghantar akan mengaktifkan fungsi Hotspot yang mana akan disambung pada peranti yang ingin "clone" kan.



 

Setelah disambung, akan muncul paparan peranti utama ataupun penghantar pada layar peranti yang ingin diklonkan. Untuk memulakan prosesnya, tapkan sahaja pada tombol confirm.



 

Seterusnya anda akan diminta untuk memilih aplikasi mana yang ingin disalinkan



 

Pastikan anda langkau pada bahagian Contacts, kerana ianya boleh diperoleh daripada Google sync kemudian nanti.



 

Selesai, sekarang anda sudah ada dua peranti "Kembar tidak seiras"

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan