Cara Untuk "Clear" kan RAM Bagi iPhone

Iphone sememangnya terkenal dengan sistem operasi yang lancar dan laju, namun sekiranya terjadi masalah berkaitan paparan yang tersekat atau lambat tidak balas, berikut kami kongsikan salah satu alternatif yang boleh anda cuba sekiranya peranti tersebut menjadi perlahan.

Pertama sekali masuk ke menu Setting > accessibility > accessibility Shortcut.



Seterusnya tap pada menu Assitive Touch kemudian "Triple Click" pada tombol Home ataupun tombol kuasa bagi versi iPhone-X keatas. Dengan itu paparan Assitive Touch akan muncul.



Kemudian tekan tombol kuasa dan tahan sehingga muncul paparan seperti berikut.



Seterusnya tap pada ikon Assitive touch tadi dan tekan ikon Home bebrapa saat,



sehingga muncul paparan kod laluan peranti. dengan itu masalah peranti yang tidak"smooth" akan hilang.



Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan