Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Twitter tukar warna

Cara Untuk Cari Tweet Secara Spesifik

Diterbitkan Mei 24, 2021 oleh Wiser MY

Anda mesti pernah alami kesukaran semasa mencari sesuatu ciapan (tweet) yang anda ingin rujuk kerana maklumat di Twitter bergerak pantas. Untuk mencari ciapan terperinci, Twitter ada ciri carian secara spesifik menggunakan anggaran tarikh dan tahun.

Berikut adalah langkah-langkah yang anda boleh ikuti untuk carian di peranti mudah alih atau pelayar komputer:

Pertama sekali, pergi ke pautan ini https://mobile.twitter.com/search-advanced

Dalam halaman Advanced Search, skrol ke bawah dan cari bahagian Dates yang menunjukkan pilihan From dan To.

Cara Untuk Cari Tweet Secara Spesifik

Kemudian, tetapkan tarikh dan tahun yang dijangka ciapan tertentu dikongsikan.

Screenshot 2021-05-24 155029

 

Seterusnya, skrol ke atas dan isikan bahagian Accounts dengan nama akaun yang kongsi ciapan tertentu dan tekan Search.

Screenshot 2021-05-24 155428

Paparan keputusan carian akan muncul mengikut tarikh dan tahun yang ditetapkan beserta tab pilihan seperti Photos dan Videos.

Screenshot 2021-05-24 160116

Selesai. Kini anda tidak lagi ada masalah mencari ciapan yang anda terlupa atau terlepas pandang untuk rujukan akan datang.

Baca juga – Cara Keluar Dari Grup WhatsApp Tanpa Disedari Ahli Lain

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY