Cara Untuk Buangkan Virus "Pop-up" Pada Chrome

Pelayar laman sesawang yang sudah dijangkiti Malware, kebiasaannya akan muncul pelbagai "Pop-up" Iklan yang tidak sepatutnya. Adalah lebih malang lagi sekiranya pop-up yang muncul tersebut berbaur lucah dan sebagainya.

Bagi mengatasi masalah tersebut, berikut kami kongsikan cara untuk anda "Reset" kembali pelayar Chrome pada PC untuk menghapuskan segala Malware yang "melekat" ketika melayari internet sebelumnya.

Berikut langkah - langkahnya :-

  1. Buka aplikasi Crome pada PC

  2. Pada bahagian atas sebelah kanan klik pada menu tiga titik dan seterusnya pilih menu Setting

  3. Skroll kebawah dan pilih menu Advanced

  4. pada bahagian Reset and cleanup klik pada tetapan Restore Setting to their original defaults

  5. klik pada menu Reset Setting.


 

Selesai, maka dengan itu pelayar Chrome anda akan kembali ke fungsi asal dan tida lagi sebarang Pop-up iklan yang menjengkelkan.

Untuk kembalikan tetapan Extension yang sedia ada, masuk ke bahagian More Tools dan pilih menu Extension



 

Pastikan anda aktifkan Extension yang anda percayai sahaja.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan