Cara Untuk Benarkan Admin Sahaja Yang Boleh Hantar Mesej Di WhatsApp

Dalam kumpulan WhatsApp yang mempunyai ramai ahli, ada pengumuman penting yang mungkin 'tenggelam' apabila masing-masing mula menaip dan membalas antara satu sama lain pada masa yang sama.

Berikutan itu, sebilangan ahli yang lain mungkin tidak perasan pengumuman penting yang dihantar melalui kumpulan tersebut. Terutamanya kumpulan melibatkan urusan kerja, sekolah dan sebagainya.

Bagi membolehkan pengumuman penting tersebut sampai kepada semua orang, admin bagi setiap kumpulan WhatsApp sebenarnya boleh menghentikan seketika perbualan semua ahli dan hanya mengehadkan kepada admin sahaja.

Ini bermakna, hanya admin yang boleh menghantar pesanan pada kumpulan WhatsApp tersebut.

Cara benarkan hanya admin yang boleh hantar pesanan di kumpulan WhatsApp


Dalam keadaan tertentu, ciri ini mungkin diperlukan bagi sesetangah kumpulan WhatsApp. Untuk melakukannya, ikut beberapa langkah di bawah.

1. Pertamanya, buka aplikasi WhatsApp pada peranti Android, iOS atau desktop.

2. Setelah itu, di bahagian "Chats", cari dan pilih nama kumpulan yang ingin ditetapkan dengan tetapan ini. Kemudian, tekan pada nama kumpulan.

admin WhatsApp

3. Anda akan dihalakan ke Group Info. Di bahagian ini, tatal ke bawah dan pilih "Group Settings".



4. Pada bahagian Group Settings, tekan pada "Send Messages" dan pilih "Only Admins".

admin WhatsApp

Setelah selesai, hanya admin sahaja yang boleh menghantar mesej pada kumpulan tersebut. Anda juga boleh mengubah semula tetapan ini dengan memilih "All Participants" pada bila-bila masa.

Itu sahaja tips pada kali ini. Semoga bermanfaat.