Cara Untuk "Back-up" Data iPhone Menggunakan iTunes

Kepada anda yang ingin bertukar kepada peranti iPhone ataupun iPad yang baru, berikut kami kongsikan salah satu alternatif kepada anda yang tidak mahu menggunakan perkhidmatan iCloud dalam melakukan proses sandaran data pranti

Pertama sekali pasang peranti anda pada iMac ataupun MacBook dan jalankan perisian iTunes. Sekiranya anda menggunakan PC Windows, boleh sahaja muat turun aplikasi iTunes terlebih dahulu.

Masukkan Passcode sekiranya diminta.

Pilih jenis peranti yang ingin di back-up sama ada iphone, ipad ataupun ipod.

Seterusnya pada paparan berikut, klik sahaja tombol Back-up Now



Tunggu sehingga prosesnya selesai, maka akan muncul paparan maklumat seperti berikut. Selesai, sekarang segala maklumat dan data peranti anda sudahpun disimpan pada iTunes.



Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan