Cara Untuk Atasi Masalah "This Versions of Windows Not Genuine"

Memiliki komputer yang menjalankan sistem operasi Windows yang asli tetapi paparan mengatakan ia bukannya versi asli mungkin menimbulkan seribu satu persoalan kepada pengguna.

Perkara ini mungkin berlaku disebabkan beberapa faktor seperti...

  • Pasang semula Windows (reinstall)

  • Tukar perkakasan komputer

  • Sistem pengaktifan gagal berfungsi dengan sebaiknya

  • Windows mungkin menganggap pengguna cuba memindahkan lesen sistem operasi ke komputer lain.


Sekiranya anda mengalami masalah ini, anda boleh ikuti mana-mana langkah dibawah untuk mengatasinya. Lebih elok pengguna bersedia dengan nombor siri Windows (license key) dimana ia mungkin diperlukan ketika proses baik pulih dijalankan.

1. Jalankan pengaktifan

Walaupun Windows 10 sudah diaktifkan dan mengalami masalah Windows not Genuine, cuba aktifkannya semula. Untuk melakukannya;

  • Tekan butang Windows + i untuk membuka tetapan




  • Pilih Updates and Security, kemudian Activation dibahagian kiri menu




  • Paparan akan menunjukkan "Windows is not activated". Pilih Change Product Key dan ikut arahan pada skrin untuk langkah selanjutnya.




2. Kemaskini Windows key didalam Command Prompt

Sekiranya langkah pertama tidak berjaya, cuba mengaktifkan Windows melalui Command Prompt.

  • Pergi ke ruang carian dan taip CMD, klik kanan dan pilih Run as administrator untuk mengeluarkan paparan.




  • Pada paparan, taip slmgr /ipk XXXX-XXXXX-XXXXX-XXXXX-XXXXX. X mewakili license key dan sesudah itu tekan Enter.

  • Untuk melengkapkan proses pengaktifan, taip slmgr.vbs /ato  dan tekan Enter.


3. Log masuk ke akaun Microsoft

Adakalanya ketika memasang semula Windows, Local Account pada didalam komputer tidak selari dengan lesen Windows. Melog masuk ke Microsoft boleh menyelesaikan isu yang terjadi.

  • Tekan butang Windows + i untuk buka tetapan.

  • Pilih Accounts

  • Pilih Sign in With a Microsoft account instead  dan ikuti arahan pada paparan




4. Baik pulih fail sistem

Windows not genuine juga mungkin berlaku disebabkan fail sistem rosak.

  • Buka Command Prompt dengan taip CMD pada ruang carian dan klik kanan untuk pilih Run as administrator

  • Taip SFC /scannow dan seterusnya tekan butang Enter

  • Tunggu sehingga proses selesai. Selepas itu, reboot semula komputer dan cuba jalankan proses pengaktifan semula.


5. Kemaskini Windows

Terdapat juga pengguna yang mengemaskini Windows kepada versi yang terkini boleh menyelesaikan masalah yang terjadi.

6. Semak waktu dan tarikh pada sistem komputer.

Sekiranya sistem waktu dan tarikh anda salah, ia berkemungkinan menyebabkan ralat pada komputer. Untuk mengubah tetapan sistem waktu dan tarikh yang salah...

  • Buka Control Panel dan pilih Clock, Language, and Region.




  • Tekan Date and Time untuk menetapkannya. Boleh juga pilih Change time zone.




  • Anda juga boleh menetapkannya untuk berfungsi secara automatik dengan cara pilih ke tab Internet Time pada tetingkap Date and Time.




  • Tekan Change settings dan pastikan Synchronize with an Internet time server ditandakan. Seterusnya tekan OK.




Anda mempunyai pengalaman menghadapi masalah ini? Boleh kongsikan cara lain diruang komen untuk bantu rakan-rakan yang bermasalah.

Sumber: Lifewire

Berkaitan