Cara Untuk Aktifkan Tema Gelap Untuk YouTube Pada Telefon Pintar Serta Komputer

Mod atau tema gelap sememangnya digemari kebanyakkan pengguna telefon pintar masa kini. Bukan sahaja "mesra mata", ia juga diakui oleh Google mampu menjimatkan penggunaan kuasa bateri peranti dengan skrin OLED sepertimana yang dilaporkan sebelum ini.

Salah satu aplikasi dan platform yang telah memperkenalkan tema gelap adalah YouTube dan bagi anda yang masih tercari-cari atau ingin mencuba, bolehlah ikuti langkah mudah dibawah.

iOS

  1. Buka aplikasi YouTube dan tekan gambar profil anda dipenjuru atas kanan.

  2. Pilih Settings.

  3. Paparan akan menunjukkan Dark Theme


Android

  1. Buka aplikasi YouTube dan tekan gambar profil anda dipenjuru atas kanan.

  2. Pilih Settings.

  3. Pilih General.

  4. Menu akan memaparkan Dark Theme. Laras untuk aktif atau nyahaktifkannya.


Komputer

  1. Buka laman YouTube di komputer anda dan tekan gambar profil anda dipenjuru atas kanan.

  2. Pada senarai menu, cari Dark Theme dan anda boleh aktifkannya.


Sekarang anda boleh melayari YouTube dengan latarbelakang yang lebih "redup". Kongsikan pada rakan yang masih tidak tahu. Semoga bermanfaat.

Berkaitan