Melalui ciri ini, pengguna bebas mengubah kedudukan dan saiz papan kekunci mengikut keperluan penggunaan masing-masing.
Ia boleh didapati pada Gboard versi 7.6 dan keatas. Bagi yang mahu menggunakan ciri itu, ikuti langkah mudah berikut untuk aktifkannya
- Pastikan Gboard adalah aplikasi papan kekunci default pada peranti anda
- Buka mana-mana aplikasi yang memerlukan Gboard, contohnya seperti buat carian di internet atau SMS.
- Tekan pada simbol "G" dibahagian kiri cadangan. Sekiranya papan kekunci tiada simbol "G", pergi ke tetapan Gboard; Settings > Text Correction, dan pilih Show suggestion strip.
- Paparan akan menunjukkan beberapa ciri lain dan tekan pada simbol tiga titik.
- Setelah itu akan keluar beberapa tetapan pilihan. Pilih Floating.
- Ciri papan kekunci terapung sudah boleh digunakan. Bagi menggerakkanya, sentuh lama pada simbol dibawah dan seret kemana-mana kawasan yang anda mahukan. Untuk mengubah saiz, seret dari penjuru.
Itu sahaja perkongsian untuk mengaktifkan ciri papan kekunci terapung dari Gboard. Boleh kongsikan pada yang lain.