Cara "Uninstall" Perisian Secara Menyeluruh Pada Windows

Kepada pengguna Windows, berikut kami kongsikan salah satu kaedah yang boleh dicuba untuk menghapus perisian yang tidak digunakan secara menyeluruh tanpa meninggalkan saki baki fail dan folder "sampah" yang akan membebankan PC.

Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah berikut.

Pertama sekali muat turun perisian Revo Uninstaller dengan menggunakan pautan berikut.

Revo Uninstaller

Setelah siap dipasang, buka aplikasi tersebut. Pilih aplikasi yang ingin dibuang, klik kanan dan pilih menu uninstall.



Sekiranya muncul paparan berikut, pilih Yes. Tunggu sehinga proses Uninstall selesai.



Setelah selesai dibuang aplikasi tersebut, klik pada tombol Scan untuk mengimbas segala folder dan fail yang tercicir semasa proses Uninstall sebentar tadi.

Terdapat 3 tahap imbasan yang boleh dipilih, iaitu sama ada Safe, moderate dan adavence. Sekiranya risau akan fail yang akan dipadam, boleh sahaja pilih fungsi imbasan Safe.



Setelah siap diimbas, klik pada menu select all dan padam kesemua fail tersebut dengan tombol Delete, selesai.



Dengan itu kesemua fail yang berkaitan dengan perisian tersebut telah dipadam secara menyeluruh.

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

 

Berkaitan