Cara Ubah Fungsi Tetikus Untuk Pengguna Kidal (Windows 10)

Dilahirkan kidal bukanlah penyebab untuk anda berasa kekok melakukan sesuatu perkara, misalnya menekan tetikus ketika menyiapkan tugasan di komputer.

Mungkin ada diantara anda yang kidal sudah biasa, tapi mungkin ada juga yang masih tercari-cari solusinya.

Jangan khuatir kerana artikel kali ini membawakan cara mudah mengubah tetapan tetikus bagi Windows 10 khas untuk pengguna kidal.

Sila lihat arahan bergambar di bawah.

1. Pergi ke bahagian Start dan tekan Settings (simbol berbentuk gear).



 

2. Tetingkap Windows Settings akan terpapar dan klik pada Devices.



3. Anda akan dibawa ke halaman ini, sila pilih Mouse



4. Pada bahagian atas kanan anda akan lihat pilihan " Select your primary button". Tekan dan pilih Right. Siappppp!!!



 

Amacam? mudah kan? Ok boleh kongsikan kepada rakan bertangan kidal yang masih terkial-kial guna tetikus. Semoga bermanfaat.