Cara Tukar Video YouTube Menjadi GIF

Perbualan dalam mesej masa kini lebih menghiburkan dengan adanya pelbagai ciri seperti Sticker, emoji, GIF dan lain-lain lagi.

Mungkin ada diantara anda ada menonton video menarik di YouTube dan mahu menukarkannya menjadi GIF, dibawah ada cara yang boleh anda lakukan.

  • Pertama sekali pergi ke bahagian pautan video YouTube yang mahu ditukar, pada pautan tambah perkataan 'gif' sebelum perkataan youtube. Contoh: https://www.gifyoutube.com/watch?v=p6GijGhgwjQ




  • Atau anda boleh salin pautan video YouTube, pergi ke laman www.gifyoutube.com, dan tampal pautan tersebut ke ruangan yang disediakan.




  • Setelah itu, video terbabit akan dimuat naik terus ke platform berkenaan dan anda boleh menyuntingnya dengan mudah. Cari babak menarik mengikut garis masa dibawah video

  • Disebelah kiri terdapat menu pilihan suntingan yang boleh anda gunakan mengikut kreativiti.




  • Siap suntingan, anda boleh terus tekan Create GIF dibahagian atas kanan.

  • Paparan seterusnya anda boleh memberikan nama kepada GIF tersebut, tekan Next > No Thanks. GIF anda sudah siap untuk dimuat turun.

  • Muat turun menerusi butang Download dibawah memerlukan anda membuat akaun terlebih dahulu. Jika tidak mahu, pergi ke bahagian Direct Link, salin pautan dan tampal di tab yang lain. Selepas itu anda boleh muat turun seperti biasa.


Selesai sudah tips jadikan video YouTube kepada format GIF.

Berkaitan