Cara Tetapan DNS 1.1.1.1 Untuk Lajukan & Stabilkan Sambungan Internet Windows & Android


Kepada yang masih belum tahu, DNS ialah singkatan kepada Domain Name System yang berperanan mengubah IP address menjadi Domain address.

DNS 1.1.1.1 merupakan hasil kerja sama antara Cloudflare dan APNIC. DNS ini dikatakan lebih selamat kerana tidak akan merekodkan data alamat IP yang anda gunakan. Selain itu DNS 1.1.1.1 ini menjadi yang paling cepat di dunia, dengan response time hingga 14.8ms.

 

Berikut kami kongsikan cara untuk anda tetapkan DNS tersebut pada Windows dan Android.

 

Pada Windows

Langkah 1

Pertama kali anda perlu membuka menu Settings > Control Panel > Network and Internet pada komputer mahupun laptop terlebih dahulu.



 

Langkah 2

Pilih Network and Sharing Center, selanjutnya anda perlu memilih Change Settings Adapter. Maka sebuah jendela baru akan dimunculkan. Klik kanan pada jaringan yang tersedia dan pilih Properties



 

Langkah 3

Seterusnya pilih Internet Protocol Version 4 (TCP/Ipv4) dan klik Properties.



 

Langkah 4

Ubah pengaturan Obtain DNS server address automatically menjadi Use the following DNS server addresses: Di sini anda boleh memasukan pengaturan berikut.

Preferred DNS server: 1.1.1.1

Alternate DNS server: 1.0.0.1



 

Langkah 5

Terakhir sekali, klik OK dan Close untuk menutup pengaturan. Lakukan restart aplikasi browser yang anda gunakan untuk menggunakan DNS 1.1.1.1 terbaru ini.

 

 

Pada Android

Langkah 1

Pertama kali pastikan anda sudah tersambung dengan jaringan WiFi tertentu. Selanjutnya buka menu Settings selanjutnya buka halaman pengaturan untuk jaringan Wi-Fi.

 

Selanjutnya anda boleh tap dan tahan jaringan WiFi yang terhubung hingga muncul pilihan lainnya. Tap pada pilihan Modify network untuk mulai mengubah DNS Android.



 

Langkah 2

Di sini anda boleh membuka menu Advanced options untuk mengubah tetapan tertentu. Ubah pengaturan IP Settings dari DCHP menjadi Static.



 

Langkah 3

Seterusnya, memasukkan IP address, Gateway, Network prefix length sama seperti pengaturan awalnya. Pada menu ini anda hanya perlu mengubah:

DNS 1: 1.1.1.1

DNS 2: 1.0.0.1



 

Langkah 4

Langkah yang terakhir,  tap tombol Save, selesai.

 

Untuk pengguna sistem operasi iOS, MacOS dan Linux, anda boleh lihat tutorial selengkapnya di https://1.1.1.1/

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat


Bacaan Terbaru dalam Tips Gajet