Cara Terjemahkan Ayat Menggunakan Microsoft Word

Sudah menjadi kebiasaan kepada kita untuk menggunakan Google translate untuk menterjemahkan ayat atau perkataan dalam bahasa asing. Namun bagi anda yang tiada sambungan internet, anda boleh cuba menggunakan fungsi terjemahan yang terdapat pada Microsoft Word. Berikut kami kongsikan caranya.

Pertama sekali Highlight kan perkatan atau ayat yang ingin anda terjemahkan.



Kemudian masuk ke menu review dan seterusnya pilih menu Translate Selection seperti berikut.



Maka akan muncul paparan berikut, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan memilih jenis Bahasa yang ingin anda terjemahkan kepada dan seterusnya klik sahaja pada tombol Insert.



Dengan itu secara serta merta ayat yang anda highlight kan tadi akan ditukar bahasa dan digantikan dengan bahasa yang anda tentukan, selesai.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kamai kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan