Cara Terbaik Dan Jimat RM300 Untuk Beli iPhone 14 Pro

Beberapa minggu lepas, kita sedar yang barisan komputer Mac sedang rancak menerima potongan harga yang tak masuk akal.

Pasti ada yang tertanya-tanya, produk Apple lain macam iPhone, AirPods, iPad atau Apple Watch tak ada ke?

Jangan risau, anda datang tepat pada masanya kerana kesemua produk Apple boleh dibeli pada harga yang tidak masuk akal.

Berapa murah tu? Kat mana nak beli? Tanpa membuang masa, teruskan scrolling artikel ini.

{snap}

Jimat RM300 Bila Beli Siri iPhone 14 Pro!




Masih ingat tak harga iPhone 14 Pro masa dilancarkan dulu? Haa, inilah masanya untuk anda dapat potongan harga RM300 bila beli iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max.

Maknanya, iPhone 14 Pro dijual pada harga bermula RM4999 dan iPhone 14 Pro Max pula bermula RM5499 sahaja.

Malah, anda dapat percuma lagi untuk perlindungan serta jaminan tambahan ShieldCare.

Tak minat Dynamic Island? iPhone 13 pun boleh dapat penjimatan RM300 tetapi yang ni terhad varian 128GB sahaja.

Bagi yang berminat untuk cuba jam tangan pintar, Apple Watch Series 7 GPS 41mm dan 45mm masing-masing boleh dibeli pada harga RM1479 dan RM1579.

Kalau nak yang terbaru macam Series 8, anda boleh dapat potongan harga sebanyak RM99 bagi model 41mm dan 45mm. Termasuk varian GPS dan GPS+Selular.

Anda mahu tablet berkuasa seakan komputer? iPad Air M1 Wi-Fi boleh dibeli dengan harga RM2649 (64GB) dan RM3399 (256GB).

Nak yang bajet sikit, iPad Gen-9 Wi-Fi berharga RM1499 (64GB) dan RM2249 (256GB) sahaja. Sekiranya mahukan peranti audio, AirPods Pro Gen-1 boleh didapati hanya pada RM799.

Buat pengetahuan anda, kesemua promosi tersebut sudah bermula dan bakal berakhir pada 18 Mac 2023. Itu je? Ada lagi geng, teruskan scrolling…

Beli di Shopee

{snap}

iPhone 11 Serendah RM2099? Ada Rebat RM150 Beli Aksesori?




Nak pakai iPhone 14 tapi bajet tak berapa besar? Anda boleh dapat diskaun RM250 untuk pembelian iPhone 14 dan iPhone 14 Plus.

Malah, ada tambahan rebat sebanyak RM150 bagi pembelian aksesori yang terpilih apabila membeli siri iPhone 14.

Bagi model iPhone terdahulu, pun ada diskaun. Jangan risau. Anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak RM250 untuk setiap pembelian siri iPhone 12 dan juga iPhone 13.

Masih ada kekangan bajet? Tak mengapa, iPhone 11 boleh didapati hanya RM2099 (64GB). Sementara RM2299 sahaja untuk varian 128GB.

Tidak dilupakan, peranti AirPods Gen-2 boleh dibeli hanya RM529. Kesemua promosi tersebut sah terpakai sehingga 25 Mac 2023 sahaja.

Buat yang masih tercari-cari laptop berkuasa mampu milik, teruskan scroll…

Beli di Shopee

{snap}

MacBook Ringan, Berkuasa Bawah RM4000 Je




Seperti yang dinyatakan tadi, ini masa sesuai untuk anda dapat komputer riba yang nipis, ringan tetapi cukup berkuasa.

MacBook Air M1 256GB dijual pada tanda harga RM3599. Bahkan, dapat lagi percuma Microsoft 365 Personal bagi satu tahun langganan.

Kalau anda mahukan kuasa lebih, skrin tampak luas, MacBook Air M2 ada diskaun sebanyak RM400 dan masih dapat percuma satu tahun Microsoft 365 Personal.

Kita sampai ke produk terakhir, ini khusus buat pengguna iPad yang mana Apple Pencil Gen-2 boleh dibeli pada harga RM539.

Kesemua promosi ini pula sehingga 1 April 2023 sahaja. Nak beli, tak ada ansuran ke? Mestilah ada. Lihat cara di bawah.

Beli di Shopee

{snap}

Ansuran Sehingga 36 Bulan, Ada Juga Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL)




Jangan risau bab pembayaran kerana anda boleh membuat ansuran 0% sehingga 36 bulan jika pembelian di kedai rasmi iTworld.

Sekiranya pembelian online, ansuran 0% adalah sehingga 12 bulan. Tak ada kad kredit? Usah risau, beli sekarang, bayar kemudian (BNPL) pun ada. Ansuran ada sehingga 4 bulan.

Ia adalah termasuk servis dari ATOME, PayLater by Grab, myIOU dan PAYLATER Malaysia. Ada peranti lama? Ada juga program tukar ganti (trade-in).

Beli di Shopee

{snap}

Boleh Beli ‘Online’, Ambil Di Kedai, Penghantaran Hari Yang Sama




Malas nak tunggu atau beratur lama-lama? iTworld ada menawarkan BOPIS. Beli online, ambil di kedai.

Tambahan lagi, mereka turut memberikan pilihan pembelian dan penghantaran pada hari yang sama. Boleh terus mengetahui lebih lanjut di laman rasmi iTworld.

Menarik? Jangan buang masa, boleh kunjungi mana-mana kedai rasmi iTworld di seluruh negara atau pun buat pembelian secara dalam talian di Shopee serta Lazada.

Beli di Shopee