Cara Menukar Tema WIndows 10 Kepada Versi Gelap

Penggunaan versi gelap sememangnya sangat terkenal kepada pengguna Youtube, Chrome dan lain - lain. Bagi yang belum tahu, fungsi tersebut juga ada disediakan pada PC yang menggunakan WIndows 10.

Cara untuk mengaktifkannya sangat mudah, ikuti sahaja langkah berikut.

 

Pertama sekali klik kanan pada ruangan Desktop dan pilih menu Personalized



 

Apabila muncul paparan berikut, pilih menu Color



 

Seterusnya skroll kebawah dan cari fungsi berikut dan pilih Dark.



 

Dengan itu paparan tetingkap pada Windows akan berubah menjadi gelap.



 

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan