Cara Tebus Subsidi RM180 Atau RM300 Untuk Maxis Dan Hotlink

Maxis adalah satu lagi Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi yang mengambil bahagian dalam inisiatif Program Jaringan Prihatin bagi membolehkan rakyat Malaysia yang layak menikmati subsidi telekomunikasi untuk pelan internet atau peranti 4G.

Bagi pelanggan Maxis, ini adalah subsidi produk Maxis atau Hotlink yang boleh anda tebus:-

Kategori 1 - Berkahwin dan bujang tanpa anak
Subsidi 1: RM15 sebulan selama 12 bulan
Subsidi 2: RM180 subsidi telefon pintar (hanya untuk Hotlink Postpaid 60 sahaja)

Kategori 2 - Berkahwin dan bujang dengan anak
Subsidi 1: RM15 sebulan selama 12 bulan
Subsidi 2: RM300 subsidi telefon pintar (hanya untuk Hotlink Postpaid 60 sahaja).

Semua subsidi yang ditawarkan turut didatangkan dengan PERCUMA 2GB internet pantas Prihatin setiap hari. Setiap pelanggan Maxis yang layak hanya boleh memillih satu subsidi sahaja yang dinyatakan di atas.

Bagi menyemak sama ada anda layak ataupun tidak untuk memohon subsidi tersebut, pengguna Maxis atau Hotlink boleh lakukannya menerusi aplikasi Maxis, Hotlink atau Hotlink Postpaid.




  1. Buka aplikasi & klik butang "Beli"

  2. Klik banner "Jaringan Prihatin"

  3. Klik pautan "Semak kelayakan"


Subsidi Prabayar Maxis atau Hotlink RM180


Bagi pelanggan Hotlink Prepaid, anda boleh menebus kredit percuma bernilai RM180 (RM15 x 12 bulan) menerusi aplikasi Hotlink atau kod UMB.









Atau anda boleh tonton video tutorial cara pendaftaran dan penebusan dengan aplikasi Hotlink dan Kod UMB yang disediakan Maxis.

https://www.youtube.com/watch?v=tGvywNvu3b0


Berikut pula adalah cara menebus subsidi bil bagi pelanggan pascabayar Maxis bernilai RM180 (RM15 x 12 bulan) bagi pelanggan Hotlink Postpaid, Maxis Postpaid dan Maxis Home 4G WiFi menerusi aplikasi Maxis, Hotlink Postpaid atau Kod UMB.





Atau anda boleh tonton video tutorial cara pendaftaran dan penebusan dengan aplikasi Maxis, Hotlink Postpaid dan Kod UMB yang disediakan Maxis.

https://www.youtube.com/watch?v=TWsQZ1wgAwU


https://www.youtube.com/watch?v=p1EEIp43eUY

Subsidi Pascabayar RM180 Hotlink Postpaid + Telefon Pintar


Untuk subsidi RM180 Maxis, anda boleh menikmati subsidi RM180 bagi Peranti Hotlink yang layak dengan pelan Hotlink Postpaid 60.

Maxis menawarkan subsidi tersebut menerusi 5 model peranti iaitu:-

  1. realme 8 Pro

  2. Vivo Y20 2021

  3. Vivo Y12s

  4. realme C21

  5. OPPO A15s


Subsidi Pascabayar RM300 Hotlink Postpaid + Telefon Pintar


Untuk subsidi RM300 Maxis, anda boleh menikmati subsidi RM300 khas buat isi rumah yang mempunyai anak bagi Peranti Hotlink yang layak dengan pelan Hotlink Postpaid 60.

Maxis menawarkan subsidi tersebut menerusi 4 model peranti iaitu:-

  1. OPPO A54

  2. Samsung A32 (5G)

  3. Samsung Tab A 8.0

  4. iPhone XR 128GB


Sebagai peringatan, daftar menerusi Maxis antara 5 Mei 2021 - 31 Julai 2021 untuk tebus subsidi anda.

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang subsidi RM180 atau RM300 untuk produk Maxis dan Hotlink yang layak, sila layari laman rasmi Maxis Jaringan Prihatin.

Atau anda boleh ke pusat Maxis berdekatan anda untuk penerangan lebih jelas berkaitan Program Jaringan Prihatin ini.