Cara Tambah Tulisan Jawi Pada iPhone

Pada September lalu, Apple telah melepaskan iOS 13 kepada pengguna iPhone. Melalui kemaskini berkenaan, terdapat sejumlah ciri baru yang diperkenalkan. Antara ciri berkenaan termasuk 38 pilihan bahasa baru pada papan kekunci. Menariknya, tulisan jawi merupakan salah satu bahasa baru tersebut. Di bawah ini kami sediakan cara mudah untuk menambah tulisan jawi pada papan kekunci iPhone anda.



Masuk ke dalam "Setting" > "General" > "Keyboard". Seterusnya pilih "Keyboards".



Kemudian, tekan pada "Add New Keyboard" dan pilih "Malay (Arabic)". tulisan jawi iPhone

Setelah tulisan tersebut berjaya di tambah, anda boleh menukar ke tulisan jawi dengan cara holdĀ pada simbol di atas pada papan kekunci dan pilih tulisan jawi.

Berkaitan