Cara Tambah Lokasi Kedai Atau Perniagaan Anda Dalam Google Maps

Zaman sekarang makin ramai yang sudah mula berniaga. Untuk anda yang masih belum mempunyai lokasi kedai atau perniagaan dalam Google Maps, boleh ikuti tutorial ringkas dari kami.

Cara Tambah Lokasi Kedai Atau Perniagaan Anda Dalam Google Maps


Terlebih dahulu pastikan anda mempunyai aplikasi Google Maps ya.

Buka aplikasi Google Maps dan tekan tab "Contribute" di bahagian bawah antara "Saved" dan "Updates".



 

Dalam tab Contribute, anda akan dihidangkan dengan beberapa pilihan. Pilih "ADD PLACE" sehingga keluar borang untuk isi maklumat kedai anda.



 

Masukkan maklumat kedai atau perniagaan anda iaitu:

  • Nama kedai

  • Kategori (Restoran, Kafe, Kedai beli barang, gimnasium, dan lain-lain)

  • Lokasi

  • Jam beroperasi

  • Nombor telefon

  • Laman web

  • Waktu mula buka dan tutup

  • Dan beberapa gambar


3 maklumat utama iaitu nama kedai, kategori, dan lokasi wajib diisi, manakala lain-lain maklumat adalah pilihan sahaja. Namun, lebih baik diisi supaya pelanggan lebih jelas dengan perniagaan anda.

Selepas mengisi borang tersebut klik pada butang anak panah dan siap!



 

Ubah Butiran Dan Maklumat Kedai/Buang Kedai Dalam Google Maps


Anda masih lagi boleh mengubah butiran kedai atau perniagaan walaupun selepas disiarkan dalam Google Maps. Caranya adalah pergi semula ke tab "Contribute" dan tekan pada contribution di bawah nama anda.

Seterusnya, pilih bahagian "Edits" pada kategori "Other contributions".



Anda akan lihat semula kedai/perniagaan anda yang baru sahaja diletakkan tadi. Tekan dan anda akan dibawa ke halaman utama kedai anda.

Pilih "Suggest an edit" untuk menukar butiran kedai anda. Pilihan lain adalah buang terus kedai dari dalam Google Maps.



Selesai membuat penukaran, Google akan menghantar emel kepada anda mengenai perubahan tersebut. Ia akan mengambil masa dalam masa 24 jam untuk Google Maps membuat perubahan baharu.



Selamat mencuba!

 

Berkaitan