Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Sumbang Barangan Kepada Mangsa Banjir Guna Carousell

Cara Sumbang Barangan Kepada Mangsa Banjir Guna Carousell

Diterbitkan Disember 22, 2021 oleh Helmi Samsuri

Ketika mana kita masih lagi bergelut mengekang penularan wabak Covid-19, kita diuji pula dengan musibah banjir yang melanda sebahagian kawasan di Malaysia. Pelbagai bantuan dari pihak bukan kerajaan, individu dan kerajaan mula disalurkan kepada mangsa yang terkesan.

Terbaharu, Carousell sejak semalam sudah memulakan inisiatif untuk meringankan beban mangsa-mangsa banjir melalui aplikasi mereka. Bagi anda yang bercadang untuk menyumbangkan barangan kepada mangsa banjir boleh ikuti langkah mudah dibawah:

Key Art_Help Flood Victims with Carousell

Cara sumbang bara melalui Carousell

  • Muat naik gambar yang ingin disumbangkan.
  • Pilih “For Free” pada bahagian harga dan terbitkan senarai barangan tersebut.

Anda boleh labelkan ‘For Free’ tersebut pada barangan baru ataupun barangan yang sudah sedia disenaraikan sebelum ini. Memandangkan sumbangan ini bertujuan menolong mangsa banjir, pihak Carousell mencadangkan supaya penyumbang menanggung kos penghantaran barangan tersebut.

Cara untuk tebus barang sumbangan

  • Pilih barangan yang tersenarai dalam kategori Free. Taip Free Items pada bahagian carian.
  • Chat dengan penyumbang memohon keizinan untuk tebus barangan tersebut
  • Lakukan urusan penghantaran, sama ada pos atau dihantar secara fizikal.

Diingatkan kembali bahawa kempen ini tertumpu ke mangsa banjir sahaja, kalau anda tidak terkesan dan sekadar mahu barang percuma, tidak usahlah menangguk di air yang keruh.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY