Cara Skrinsyot Penuh Pada Chrome Tanpa Extension

Pelayar Chrome sememangnya terkenal dengan pelbagai fungsi tambahan yang menarik dan unik. Salah satu daripada fungsi tambahan yang ditawarkan adalah Extension untuk skrinsyot keseluruhan layar.

Tahukah anda bahawa fungsi tersebut boleh dilakukan tanpa memerlukan sebarang pemasangan Extension? Berikut kami konsgikan langkah - langkahnya.

Pertama sekali masuk kebahagian menu tetapan seperti berikut dan pilih menu Developers tools



Selepas muncul paparan Developers, pada bahagian tetapannya pilih menu Run Command ataupun boleh sahaja gunakan Shortcut

ctrl + shift + p untuk PC Windows dan Mac.



Skrol kebawah atau boleh sahaja buat carian Screenshot, dan klik pada menu Capture full size screenshot



Maka dengan serta merta keseluruhan paparan Chrome akan di skrinsyot dan akan disimpan pada folder Download Chrome.



Berikut adalah contoh hasil skrinsyot yang telah dilakukan.



Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semiga bermanfaat.

 

Berkaitan