Cara Simpan Lokasi Dengan Lebih Tersusun Pada Google Maps

Mungkin anda pernah berada dalam situasi dimana dalam perjalanan untuk bercuti, anda ingin ke beberapa tempat menarik di kawasan tersebut. Namun, anda tidak tahu arah tuju setiap tempat yang ingin dikunjungi itu. Ketika dalam perjalanan, waktu itu juga anda tergesa-gesa membuka Google Maps untuk mencari lokasi menarik yang ingin dikunjungi.

Jika disimpan dalam senarai Favorite pula, pasti sudah banyak senarai lokasi yang sudah disimpan dan ia akan bercampur serta mengelirukan anda. Di bawah ini kami sediakan beberapa langkah untuk menjadikan simpanan lokasi dalam Google Maps lebih tersusun, mudah diakses dan menjimatkan masa.



Pada mulanya, pergi ke Google Maps. Melalui tab, pilih Saved.



Di bahagian Lists, tekan butang "+". Namakan senarai tersebut dengan nama yang diinginkan. Tambah ulasan jika perlu. Anda juga boleh memilih untuk menetapkan senarai tersebut sebagai peribadi, perkongsian atau umum. Kemudian, simpan senarai tersebut.

Simpan Lokasi Google Maps

Setelah itu, anda boleh menambah lokasi yang diinginkan dalam senarai tersebut.

Dengan menyimpan lokasi dalam senarai seperti ini, dengan mudah anda dapat merancang perjalanan untuk menjadi lebih lancar tanpa perlu tergesa-gesa mencari lokasi seterusnya. Hanya tinggal pilih sahaja lokasi yang telah disenaraikan.

Sumber: Android Central

Berkaitan