Cara Sembunyikan Foto Dan Video Pada Kiriman Whatsapp

Perbualan melalui aplikasi Whatsapp sememangnya meriah dengan pelbagai perkongsian gambar dan video. Namun kepada anda yang risau akan gambar atau video "nakal" dilihat oleh orang lain, berikut kami kongsikan cara mudah untuk menyembunyikan gambar dan video daripada aplikasi Whatsapp.

Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah - langkah berikut.

Pertama sekali masuk ke aplikasi File Manager >> Whatsapp >> Media



 

Seterusnya pindahkan semua foto dan video daripada Folder Whatsapp Image dan Whastapp Video ke Folder baru.



 

Folder baru tersebut boleh sahaja anda namakan kepada kepada mana - mana nama yang sesuai. Seterusnya tampalkan semua fail yang anda salin tadi.

 



 

Kemudian namakan semula folder baru tersebut dengan menambah titik ( . ) di bahagian depan.

 



Titik tersebut bertujuan untuk menyembunyikan Folder tersebut daripada diakses oleh orang lain kecuali anda yang tahu akan lokasi folder tersebut. Maka dengan itu segala foto dan video Whatsapp anda akan tersembunyi dengan aman.



 

Apa pun, jangan lupa untuk memadamkannya sekali pada ruangan perbualan di Whatsapp sekali.

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan