Pada iOS 13, anda boleh menyembunyikan gambar di galeri album utama dengan menggunakan fungsi Hide. Ia seterusnya akan memindahkan gambar yang berkenaan ke album Hidden. Bagaimanapun, ciri pada iOS 13 ini hanya menyembunyikan gambar tersebut dari paparan album utama. Sementara, album ini masih dapat dilihat melalui senarai Utilities.

Menerusi kemaskini iOS 14, Apple telah menambahbaik ciri sedia ada ini. Anda kini boleh menyembunyikan album Hidden tersebut dari aplikasi Photos. Dengan itu, anda mungkin boleh menggunakan ciri ini dengan lebih baik jika ada gambar yang anda tidak ingin memaparkannya pada galeri album utama.

Di bawah ini kami sediakan langkah mudah untuk menyembunyikan album Hidden.

Cara sembunyikan gambar

Buka aplikasi Photos dan tanda gambar yang ingin disembunyikan. Setelah itu, tekan pada butang Share” di bahagian bawah kiri dan pilih “Hide”.

IKLAN

Anda dapat melihat gambar tersebut telah dipindahkan ke album Hidden. Namun, menerusi pemindahan ke album Hidden, gambar tersebut masih boleh diakses.

Cara sembunyikan album Hidden dalam aplikasi Photos

sembunyi hidden album iphone

Bagi menyembunyikan album Hidden, pergi ke bahagian “Settings”, kemudian pilih “Photos”.

Akhir sekali, nyahaktifkan “Hidden Album”. Pergi semula ke aplikasi Photos dan anda akan dapati tiada lagi album Hidden pada senarai Utilities.

Jika ingin mengembalikan Hidden Album, anda boleh mengaktifkan semula ciri ini pada bahagian tetapan yang dinyatakan tadi.

Selamat mencuba.