Cara Sembunyikan Akaun Facebook Daripada Carian Google

Kepada anda yang inginkan privasi untuk akaun Facebbok agar tidak dipaparkan pada carian di Google, berikut kami kongsikan kaedah yang boleh dicuba untuk mengelakkan ianya dipaparkan pada keputusan carian.

Pertama sekali salin alamat ataupun URL bagi akaun Facebook anda.



Kemudian masuk ke laman sesawang www.google.com/webmasters/tools/removals seperti berikut.



Log masuk menggunakan akaun Google anda.



Kemudian tampalkan alamat akaun Facebook yang anda salin sebentar tadi.



Masukkan sedikit maklumat tambahan dan klik pada tombol Request removal. Permintaan anda tersebut akan diproses dan mungkin mengambil masa sehingga beberapa hari.



 

Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan