Cara Semak Powerbank Pineng Dan Xiaomi Yang Tulen

Isu barangan elektronik tiruan sudah berlaku sejak sekian lama dan salah satu peranti yang kerap dipalsukan adalah powerbank.

Bagi menangani masalah itu, pihak kerajaan menerusi KPDNKK telah mewajibkan penjualan alat elektronik tersebut mendapatkan pensijilan daripada SIRIM terlebih dahulu.

Semalam, satu video yang memperlihatkan powerbank tiruan telah tular dilaman Facebook.

Kapsyen: Screenshot video dari Facebook Rahayu Che Romli


Lanjutan dari kisah itu, Wiser.my ingin berkongsi cara mudah untuk menyemak ketulenan powerbank yang melibatkan dua jenama popular dalam kalangan pengguna tempatan, Pineng dan Xiaomi.

Pineng

Cara semak produk Pineng yang tulen

  • Semak label pengesahan dibelakang kotak bungkusan

  • Goreskan label yang berwarna kelabu

  • Dapatkan 16 digit kod pengesahan

  • Semak kod pengesahan tersebut dilaman Pengesahan Produk Pineng




Kenal pasti produk tiruan

  • Menggunakan laman pengesahan seperti www.pineng315.com, www.pineng.info atau www.pineng.xyz. Ketiga-tiga laman ini adalah palsu.

  • Kotak bungkusan tidak mempunyai label pengesahan.

  • Tiruan sekiranya tiada kod pengesahan selepas digores.

  • Tiruan sekiranya kod pengesahan sudah disemak berulang kali.

  • Tiruan sekiranya kod pengesahan dibekukan.

  • Tiruan sekiranya kod pengesahan bermula dengan nombor "9". Tulen akan bermula dengan nombor "2".


Xiaomi

Cara semak powerbank tulen Xiaomi



  • Tiada logo pada kabel USB Mi Powerbank.

  • Bateri yang digunakan adalah dari LG. Powerbank tiruan gunakan jenama lain.

  • Papan Litar Bercetak atau PCB yang asli berwarna biru manakala tiruan menggunakan warna yang berlainan.

  • Semak 20 digit kod pengesahan di laman Pengesahan Produk Mi


Kenali Mi Powerbank tiruan.



  •  Cetakan maklumat berwarna kelabu cerah manakala tiruan cetakannya agak hitam dan kadangkali tidak jelas.




  1. Saiz LED tiruan lebih besar dari tulen.

  2. Port MikroUSB berwarna hitam tetapi yang tulen berwarna putih.

  3. Port USB tiruan lebih putih berbanding asli yang berwarna krim.




Inilah dia serba sedikit langkah yang boleh anda lakukan untuk mengenalpasti ketulenan powerbank sebelum dibeli.

Diharap anda berhati-hati dalam memilih powerbank untuk mengelakkan perkara yang tidak diigini dari terjadi.

Sumber: PinengLinkedIn dan Quora.