Cara Semak Lokasi Log Masuk Akaun Facebook

Elakkan akaun Facebook anda daripada dicerobohi oleh pihak tidak dikenali.


Anda mungkin menggunakan peranti dan berada dilokasi berbeza ketika log masuk ke akaun Facebook anda.

Walaubagaimanapun, mungkin juga anda terlupa log keluar semula akaun Facebook anda itu selepas menggunakan peranti atau komputer  yang bukan miulik anda.

Sehingga menyebabkan boleh berlakunya isu pencerobohan akaun Facebook anda tersebut.

Oleh itu, adalah sebaiknya anda menyemak semula lokasi di mana anda pernah log masuk ke akaun Facebook sebelum ini.

Bagi menyemak lokasi yang pernah anda log masuk ke akaun Facebook, anda boleh menyemaknya di bahagian Settings > Security and Login.

Di bahagian Security and Login akan memaparkan lokasi yang pernah anda aktif log masuk ke akaun Facebook anda.

Kapsyen: Sentuh See all (kotak merah) bagi melihat kesemua lokasi yang pernah digunakan bagi log masuk akaun Facebook anda.


Selain daripada lokasi, bahagian ini juga turut memaparkan jenis peranti yang pernah anda gunakan bagi log masuk ke akaun facebook sebelum ini.

 

Jadi di sini anda bolehlah memilih lokasi yang dicurigai digunakan bagi log masuk ke akauan Facebook.

Atau jika anda tidak pasti, boleh saja sentuh butang LOG OUT OF ALL SESSIONS bagi log keluar akaun Facebook di semua lokasi sekaligus yang pernah digunakan sebelum ini.



Apabila sudah log keluar, akaun Facebook yang pernah aktif di komputer serta peranti-peranti pintar sebelum ini secara automatik sudah lagi tidak aktif.

Kecuali hanya pada aplikasi di peranti pintar yang sedang anda gunakan sahaja. Selesai.

Berkaitan