Cara Semak Kualiti Bateri Pada iPhone Terpakai

kepada anda yang bercadang memebeli iPhone terpakai, adalah seeloknya memeriksa tahap kualiti bateri terlebih dahulu. Ini kerana, sehebat manapun iPhone, ianya tidak "berguna" sekiranya kemampuan baterinya tidak sampai separuh daripada yang asal.

Berikut kami kongsikan cara untuk menyemak "Battery Health" pada iPhone.

Pertama sekali masuk ke menu setting

  1. Masuk ke menu SettingĀ  pada iPhone

  2. seterunya pilih menu Battery

  3. Skrol kebawah dan cari menu Battery Health


Pada paparan menu Battery Health, anda akan melihat maklumat berikut.



Peratusan yang ditujukkan adalah merupakan tahap maksimum kemampuan bateri iPhone yang mampu digunakan pada peranti, semakin kecil nilai tersebut maka semakin cepat bateri peranti akan habis walaupun telah dicas penuh.

Pada pandangan kami, untuk memeiliki peranti iPhone terpakai yang berbaloi, pastikan tahap maksimum tersebut melebihi paras 80%.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan