Cara Semak Kitaran Hayat Bateri MacBook

Anda mungkin merasakan bateri komputer riba MacBook anda yang dibeli beberapa tahun sudah tidak memberikan prestasi yang sepatutnya. Apa yang berlaku? Mungkin anda sudah mengecas bateri tersebut lebih daripada kadar kitaran maksimum (maximum cycle count) yang telah ditetapkan.

Apabila melepasi kadar maksimum tersebut, prestasi bateri akan menyusut serta mengganggu pengalaman penggunaan dan anda perlu menukarnya.

Bagaimana jumlah kitaran dikira?

Satu kitaran bateri adalah masa yang diperlukan bateri dari 100% ke 0% dan 0% ke 100% semula. Untuk mudah difahami, satu kitaran merupakan satu pengecasan penuh dan satu  nyahcas (bateri habis kuasa) bateri.

Walaupun anda sudah membuat pengecasan ribuan kali, tetapi kadar kitaran hanya mengira beberapa ratus sahaja. Proses ini mengambil masa beberapa hari seperti yang dijelaskan oleh Apple.

Setiap model MacBook mempunyai bilangan kitaran maksimum pengecasan yang tersendiri. Seperti contoh, Macbook Pro 16 inci 2019 mempunya bilangan kitaran maksimum 1000, sementara MacBook 13 inci pada kadar 300 sahaja.

Jumlah kitaran maksimum pengecasan mengikut model



Untuk menyemak bilangan kitaran maksimum pengecasan, anda boleh ikuti langkah mudah dibawah.

1. Tekan butang Option sambil klik menu Apple () pada penjuru atas kiri.

2. Pilih System Information.

3. Tetingkap baru akan muncul dan dibawah seksyen Hardware pilih Power.

4. Setelah itu paparan Battery Information akan muncul dan anda boleh lihat bilangan tersebut pada bahagian Health Information.

 

 

Berkaitan