Ikuti kami di media sosial

Tips Gajet

Cara Semak Berapa Kali iPhone Anda Sudah Dicas

Syifa' Syakinah

Ditulis

pada

Bila disoal berapa kali anda mengecas iPhone, ia memang soalan yang sukar untuk dijawab. Ada ke orang yang merekod jumlah pengecasan setiap kali ia dilakukan? Namun jika sekarang mula timbul persoalan itu, anda boleh melihat jumlah tersebut melalui langkah-langkah dibawah.

Pertama sekali buka Tetapan kemudian klik pada Privacy dan cari butang Analytics. 

-- Iklan --

Seterusnya klik pada Analytics Data dan cari log-aggregated-2019-11-30-080039.ips. Log Aggregated boleh dipilih mengikut mana-mana tarikh yang tercatat untuk menyemak. Sebagai contoh di artikel ini, saya memilih 30.11.2019. Kemudian anda perlu salin semua teks dan tampal pada aplikasi Notes.

Selepas tampal di aplikasi Notes, sila buat carian perkataan BatteryCycleCount. Anda akan dapat lihat nilai digit yang memaparkan jumlah pengecasan iPhone sejak kali pertama dihidupkan. Sebagai contoh, gambar di atas menunjukkan 654 kali pengecasan.

Sumber : Xavier Naxa 

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular