Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TNG MyKad

Cara Semak Baki Kredit Touch n Go Pada MyKad

Diterbitkan Februari 18, 2021 ยท Dikemas kini April 8, 2024 oleh Amsyar Latif

Seperti yang diketahui, MyKad yang dimiliki rakyat Malaysia ini sangat canggih.

Selain cip pada MyKad, ia juga mempunyai fungsi Touch n Go yang boleh digunakan pada tol atau membayar tempat letak kereta.

Namun, masih ada lagi segelintir yang tidak tahu untuk menyemak baki kredit yang tinggal pada MyKad ini.

Di sini, kami kongsikan cara-cara untuk semak baki Touch n Go dengan sangat mudah.

Pertama sekali, anda haruslah mempunyai aplikasi Touch n Go eWallet pada telefon pintar dan daftar sekiranya masih belum berbuat demikian.

Buka aplikasi Touch n Go eWallet dan pada halaman ini, klik TNG Card.

Cara Semak Baki Kredit Touch n Go Pada MyKad

 

Klik add a new card. Masukkan MFG No yang boleh didapati pada resit tambah nilai Touch n Go MyKad.

Cara Semak Baki Kredit Touch n Go Pada MyKad
Cara Semak Baki Kredit Touch n Go Pada MyKad
resit tng
MFG No Pada Resit

Namakan kad ini mengikut kehendak anda. Kemudian, kod pengesahan akan dihantar ke telefon yang seterusnya boleh dimasukkan di sini.

Selesai, maka baki kredit dalam MyKad anda akan dipaparkan menerusi aplikasi ini.

photo_2021-02-18_15-02-25 (2)

Anda boleh menambah sehingga 3 kad Touch n Go pada Touch n Go eWallet sekiranya anda mempunyai banyak kad.

Banyak lagi yang boleh dibuat menggunakan Touch n Go eWallet memandangkan pembayaran tanpa tunai kini sudah diterima ramai.

Selamat mencuba.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY