Cara Selesaikan Soalan Matematik Menggunakan Google Lens

Artikel sebelum ini kami pernah kongsikan cara untuk menyelesaikan soalan matematik menggunakan aplikasi Photomath. Namun kepada anda yang tidak berpuas hati dengan kejituan dan keboleh percayaan aplikasi tersebut, berikut kami kongsikan alternatif lain yang boleh dicuba iaitu Google Lens.

Dengan aplikasi Google lens, anda boleh menyelesaikan masalah matematik dengan lebih tepat dan terperinci.

Caranya sangat mudah, pertama sekali buka aplikasi Google pada android atau iPhone, sekiranya tidak tersedia anda boleh mendapatkannya pada Appstore ataupun Playstore.

Setelah memsauki paparan aplikasi tersebut, tap pada ikon lens dibahagian carian.



Seterusnya pilih menu Homework.



Kemudian tangkap gambar soalan persamaan matematik yang anda ingin selesaikan.



Maka akan muncul jawapan pada bahagian bawah, anda boleh tap pada menu Solve untuk menegtahui langkah - langkah penyelesaiannya.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan